Pengikut

Sabtu, 27 Juli 2013

Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW

disadur dari : http://fastnote.wordpress.com/kepimpinan-nabi-muhammad-s-a-w/. Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan. Pendahuluan : Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani. Isi : Kepemimpinan Nabi : Sebagai Pemimpin Agama : 1) Mempunyai empat sifat terpuji yaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ). 2) Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia. 3) Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar yaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehingga mereka berkomplot untuk membunuh nabi. 4) Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah coba menunjukkan kekuasaan luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT. 5)Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat yaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), menikah, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis. 6) Dalam amanit terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada Al Quran dan Hadis. Sebagai Pemimpin Politik : 1) Mengasaskan perlembagaan tertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah. 2) Kepimpinan baginda telah terkenal sebelum kerasulan baginda lagi apalagi berhasil menyelesaikan perselisihan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah yaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah. 3) Mendamaikan perselisihan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua. 4) Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah. 5) Mengadakan hubungan diplomatik contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir. 6) Memperkenalkan sistem Syura ( permusyawaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif. Sebagai Pemimpin Tentera : 1) menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketentaraan. 2) menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketentaraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda. 3) akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketentaraan. 4) Baginda bertindak mengikuti peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. 5) Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. 6) Sentiasa adil kepada sesama kawan atau musuh. Contohnya membagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak ceroboh terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau tidak semena-mena terhadap kaum – kaum yang lemah. 7) Berhasil mengadakan taktik dan strategi ketentaraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentara Islam. 8) Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam yaitu: a) Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya. b) Memberi pilihan sebelum berperang yaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang. c) Tentara Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati. d) Tentara Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua. e) Tentara Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam. f) Tentara Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari. g) Tentara Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman rakyat. h) Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai. i) Patuh kepada pemimpin/komandan. j) Tidak boleh lari dari medan peperangan. k) Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan. Sebagai Pemimpin Masyarakat : 1) Berhasil menyatukan masyarakat Madinah yang berbeda agama dan keturunan. 2) Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kearah kebaikan. 3) Berhasil menguatkan persatuan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. 4) Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa. 5) Menaikkan taraf wanita . 6) Menghapuskan batas – batas perbedaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan karena melanggar Sahifah Madinah ). 7) Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing. 8) Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menentukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah Ketua Hakim : Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi. Sebagai Perancang Ekonomi : Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi Kesimpulan : Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Tidak ada komentar: